Monday 11 March 2013

dah lama rasanya aku x menulis di blog ini...

sudah setahun aku mendiamkan diri... 
apa yang aku takuti telah terjadi... tetapi aku ada seorang suami yang amat memahami diri aku ini... aku bersyukur kerana aku di anugerahkan seorang suami yang amat memahami diri aku.... 

sekarang aku masih mengharap dan berusaha untuk mendapatkan cahaya mata... tapi masih belum berezeki... allah mahu menguji aku dengan cara ini... aku redha... tapi mampukah suami aku bertahan dengan keadaan ini.. sepupuku semua dah mengandung dan mempunyai zuriat,  tapi aku masih menantikan anugerah yang tidak terhingga itu. 

aku memendam rasa yang amat pahit tapi aku tahu ada hikmah di atas apa yang telah tersurat buat aku....

Tuesday 12 July 2011

kehidupan ku..........

aku memahami sekarang, kehidupan yang telah aku pilih ini banyak rintangannya... sekarang aku memahami kenapa mak suruh aku fikir masak2... tapi aku dah x boleh nak berpatah balik kerana aku telah memilih jalan hidup aku... walaupun sekarang aku telah sah menjadi isteri orang... tetapi aku x boelh nak membuat semua perkara yang aku hajati... wlaupun suami aku mengzin aku menyambung pelajaran... jauh disudut hati dia yang dia x berapa bersetuju kerana sekarang aku harus membina keluarga aku sendiri... tapi aku merasakan sekarang lah masa yang paling sesuai untuk aku meneruskan impian aku keranan aku telah sah menjadi milik dia..... dia tidak harus memikirkan yang aku akan memilih orang lain kerana aku telah menjadi milik dia yang sah.... tapi mungkin kerana berjauhan itu menjadikan kami terasa seperti susah sedikit untuk berpisah.....

ya allah engkau berikan lah kekuatan untuk aku mencari jawapan yang terbaik untuk kami......

Sunday 26 June 2011

runsingnya hati ini......

sekarang aku mengetahui kenapa aku berasa runsing.... aku sedang mengalami pemilihan yang semuanya ada mempunyai risiko yang patut aku amik.... sekiranya aku memilih untuk tidak menyambung pelajaran dan aku akan memadamkan keinginan aku memegang segulung ijazah.... tapi aku boleh membina kehidupan aku dengan lebih baik dengan abang....

sekiranya aku memilih untuk meneruskannya aku akan memegang segulung ijazah... tapi adakah aku akan dapat merealisasikan impian abang untuk mendapatkan sebuah kereta baru dan rumah idaman nya... sekiranya aku tidak dapat pekerjaan yang aku idamkan .... Bagaimana...>?????

peningnya kepala aku.... aku boleh untuk tidak menyambung pelajaran aku tapi tidak kah aku akan menyesal dikemudian hari... sekiranya aku masih tidak dapat membuat keputusan bagaimana rasanya yer.......

sekiranya aku mendapat pekerjaan yang tetap aku boleh untuk tidak menyambung pelajaran aku... tapi sekarang pekerjaan aku masih tidak lagi tetap..... Ya-Allah engkau permudahkan lah perjalanan kehidupan umat mu ini.......

aku kena memikirkan banyak perkara sebelum aku membuat keputusan.... banyak yang aku pertimbangkan sebelum aku membuat keputusan.....

OK sekarang aku akan membuat satu-satu perhitungan....
1. sekirannya aku sambung belajar aku x dapat nak beli keta n umah...
2. klu x sambung dapat -dua-duanya...
3. klu x sambung x dpt nak realisasikan impian aku....

tapi aku x bolehlah nak mementingkan diri aku sendiri... setiap apa yang aku amik aku kena memikirkan suami ku sendri... aku perlu korbankan sesuatu untuk mendapatkan seseuatu yang baru......... 

jadi aku telah membuat keputusan yang aku tidak akan menyambung pelajaran kerana itu akan membahagiakan abang......... aku akan membina keluarga aku sekarang.......

Tuesday 21 June 2011

BAHAGIANYA......

sekarang hatiku di terpa oleh perasaan bahagia dan gembira..... tak aku ketahui kenapa ada nya perasaan itu kerana ianya hadir tanpa aku sedari kerana mungkin kerana aku sedang dilamun cinta baut kali kedua.... tetapi dilamun cinta dengan suami ku sendiri.......

AKU BAHAGIA.........

Monday 20 June 2011

kesedihan.........

bila hati ini merasa kesedihan mulalah terpancar dimuka.... hati yang kesedihan hanya boleh diubati dengan air mata.... tapi adakah ianya satu jalan penyelesaian.... tidak !!!!!! ianya bukan penyelesaian tetapi menambah penyakitan di hati.... betul katanya dulu.... aku harus tabah menghadapi penyakitan yang datang secara pelahan2. kesedihan ini mungkin akan memberikan aku kekuatan.... ketabahan dan kekuatan untuk menjalani kehidupan di muka bumi ini sebagai seorang anak dan isteri serta HambaNya.....

Ya Allah... hanya pada mu aku berserah dan hanya kamu yang boleh memberikan penyembuh kepada kesedihan yang aku alami.... bila aku mendengar suaranya semua kesedihannya boleh aku rasakan sebab mungkin kerana status aku telah menjadi lain.... mungkin kerana  aku telah matang dalam kehidupan yang penuh pancaroba ini......

Semalam kesedihan yang datang itu telah menusuk kalbu aku walaupun aku hanya mendengar sahaja.... tapi aku terasa bagaikan aku sama menghadapinya.....

Ya Allah.... aku boleh mendenagar dan merasakan kesedihanNya.........

Berikanlah kekuatan aku untuk meneruskan kehidupan ini walaupun kesedihan itu belum terjadi kepada aku...........