Sunday 20 March 2011

hari bahagiaku.....

ini adalah hari bahagiaku....
















luahan hati......

hari-hari aku menanti... penantian itu satu penyiksaan kepada diri ini... aku tahu waktu kami masih panjang tetapi adakah selamanya akan kami menanti kehadirannya.... adakah suami aku sanggup menunggu? aku tahu semuanya tiada jawapan untuk soalan yang bermain di fikiranku...

aku menanti seorang ZURIAT.....

aku tahu tempoh perkahwinan kami masih baru.. tapi aku harap ianya tidak akan berlanjutan lama kerana aku tahu suami aku amat menginginkan seorang zuriat... apabila dia melihat kanak-kanak atau bayi yang baru lahir muka dia berseri-seri....
tambahan pula kakak saudara aku telah melahirkan seorang bayi lelaki dan baru dua hari lepas aku mendapat perkhabaran yang kakak saudara ku telah mengandung lagi....

dia tetap memendam rasa.... apabila dia menyebut perihal anak aku menjadi sensetif ... aku sendiri tidak tahu kenapa.... aku takut tidak dapat memberikan impian suami ku satu kenyataan....

ya Allah engkau bantulah umat mu ini ya Allah.....

Sunday 13 March 2011

Maher Zain - For The Rest Of My Life with Lyrics



lagu ini menyatakan tentang kecintaan seorang lelaki kepada seorang perempuan dan mengucapkan kesyukuran kepada tuhan kerana mempertemukan kekasih nya itu.... hayatilah lagu ini dan jadikan lah ianya satu panduan kepada kita supaya ianya menjadi panduan kepada kita semua untuk menjalinkan perhubungan yang suci......

selain itu ianya juga menceritakan kecintaan lelaki itu kepada perempuan itu dengan sepenuh hati nya.... tetapi masih lagi mengikut landasan yang benar dan tidak melanggar perintah allah.... ianya juga mengenai kesetiaan yang ditunjukkan....

diharap semua lelaki yang mendengar lagu ini akan mendapat petunjuk... serta bagi yang perempuan hendaklah menunjuk sifat yang baik yang tersirat di dalam lagu ini.....

KITARO - CARAVANSARY



lagu ini akan membuat semua orang yang sedang bersedih mengalirkan air mata... yang mana sedang mengalami tekanan akan mendapat sedikit ketenangan.....

Tuesday 8 March 2011

hati....

setiap manusia di anugerahkan dengan hati... hati ini sema sahaja bentuknya... tapi pengisian didalam hati ini berlainan untuk semua manusia yang ada diatas muka bumi ini tidak kira seagama... sebangsa... sejenis.... ianya adalah satu anugerah yang amat berharga kepada insan yang bernama manusia....

hati boleh merubah seseorang itu menjadi baik, jahat, pemurah, penyanyang, pembenci, dan sebagainya.... banyak juga penyakit didunia ini berpunca dari hati.... ada satu penyakit yang berpunca dari hati yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi gila, tidak siuman, hilang pertimbangan, dari yang baik menjadi jahat, yang jahat menjadi baik...

penyakit hati itu ada bila didalam hati ada cinta.................