Sunday 26 June 2011

runsingnya hati ini......

sekarang aku mengetahui kenapa aku berasa runsing.... aku sedang mengalami pemilihan yang semuanya ada mempunyai risiko yang patut aku amik.... sekiranya aku memilih untuk tidak menyambung pelajaran dan aku akan memadamkan keinginan aku memegang segulung ijazah.... tapi aku boleh membina kehidupan aku dengan lebih baik dengan abang....

sekiranya aku memilih untuk meneruskannya aku akan memegang segulung ijazah... tapi adakah aku akan dapat merealisasikan impian abang untuk mendapatkan sebuah kereta baru dan rumah idaman nya... sekiranya aku tidak dapat pekerjaan yang aku idamkan .... Bagaimana...>?????

peningnya kepala aku.... aku boleh untuk tidak menyambung pelajaran aku tapi tidak kah aku akan menyesal dikemudian hari... sekiranya aku masih tidak dapat membuat keputusan bagaimana rasanya yer.......

sekiranya aku mendapat pekerjaan yang tetap aku boleh untuk tidak menyambung pelajaran aku... tapi sekarang pekerjaan aku masih tidak lagi tetap..... Ya-Allah engkau permudahkan lah perjalanan kehidupan umat mu ini.......

aku kena memikirkan banyak perkara sebelum aku membuat keputusan.... banyak yang aku pertimbangkan sebelum aku membuat keputusan.....

OK sekarang aku akan membuat satu-satu perhitungan....
1. sekirannya aku sambung belajar aku x dapat nak beli keta n umah...
2. klu x sambung dapat -dua-duanya...
3. klu x sambung x dpt nak realisasikan impian aku....

tapi aku x bolehlah nak mementingkan diri aku sendiri... setiap apa yang aku amik aku kena memikirkan suami ku sendri... aku perlu korbankan sesuatu untuk mendapatkan seseuatu yang baru......... 

jadi aku telah membuat keputusan yang aku tidak akan menyambung pelajaran kerana itu akan membahagiakan abang......... aku akan membina keluarga aku sekarang.......

Tuesday 21 June 2011

BAHAGIANYA......

sekarang hatiku di terpa oleh perasaan bahagia dan gembira..... tak aku ketahui kenapa ada nya perasaan itu kerana ianya hadir tanpa aku sedari kerana mungkin kerana aku sedang dilamun cinta baut kali kedua.... tetapi dilamun cinta dengan suami ku sendiri.......

AKU BAHAGIA.........

Monday 20 June 2011

kesedihan.........

bila hati ini merasa kesedihan mulalah terpancar dimuka.... hati yang kesedihan hanya boleh diubati dengan air mata.... tapi adakah ianya satu jalan penyelesaian.... tidak !!!!!! ianya bukan penyelesaian tetapi menambah penyakitan di hati.... betul katanya dulu.... aku harus tabah menghadapi penyakitan yang datang secara pelahan2. kesedihan ini mungkin akan memberikan aku kekuatan.... ketabahan dan kekuatan untuk menjalani kehidupan di muka bumi ini sebagai seorang anak dan isteri serta HambaNya.....

Ya Allah... hanya pada mu aku berserah dan hanya kamu yang boleh memberikan penyembuh kepada kesedihan yang aku alami.... bila aku mendengar suaranya semua kesedihannya boleh aku rasakan sebab mungkin kerana status aku telah menjadi lain.... mungkin kerana  aku telah matang dalam kehidupan yang penuh pancaroba ini......

Semalam kesedihan yang datang itu telah menusuk kalbu aku walaupun aku hanya mendengar sahaja.... tapi aku terasa bagaikan aku sama menghadapinya.....

Ya Allah.... aku boleh mendenagar dan merasakan kesedihanNya.........

Berikanlah kekuatan aku untuk meneruskan kehidupan ini walaupun kesedihan itu belum terjadi kepada aku...........

Saturday 18 June 2011

hari-hari bahagiaku........

sekarang aku merasakan hari2 yang aku lalui... aku sangat bahagia.... walaupun kehidupan aku sederhana aku amat bahagia.... ini kerana kasih sayang suami ku yang sentiasa ada untuk aku... aku harap semuanya akan berkekalan ke hingga akhir hayat ku....

walaupun ada kehendak aku yang dia x turuti tapi aku tahu jauh disudut hati dia yang dia amat kesal kerana x dapat nak di tunaikan.... tapi ianya tidak mendatangkan kesan yang mendalam kepada aku.... aku bersyukur yang dia sentiasa memenuhkan hari-hari aku dengan senyum dan tawanya untuk menceriakan hari2 kami berdua.....

apabila melihat aku nya aku sentiasa tersenyum.... aku terasa bahagia dan sentiasa senang dan tenang..... amin... itu lah kehidupan yang aku impikan.....

kehidupan yang seperti ini lah yang amat di impikan oleh seorang perempuan setelah mendirikan rumah tangga.... terima kasih abang kerana memberikan kebahagiaan kepada Ema.....

Ema x ada pa yang nak diberikan kepada abang melainkan kesetiaan dan kasih sayang hingga akhir ema di atas muka bumi ini..........

I LOVE U ABANG..........

Tuesday 14 June 2011

KHALIFAH - Lagu Untuk Adinda (lirik)



LAGU INI ADALAH NASIHAT KEPADA PERAMPUAN......

KHALIFAH - Lagu Untuk Adinda (lirik)



LAGU INI ADALAH NASIHAT KEPADA PERAMPUAN......

persoalan??????

persoalan telah timbul didalam kehidupan......
adakah jawapan bagi persoalan yang timbul.....
kenapa adanya persoalan di dalam kehidupan.....

Sekarang semuanya inginkan JAWAPAN......
hanya aku sahaja yang boleh menjawab semua persoalan yang timbul..... tapi biarlah ianya rahsia hati aku....
mungkin jawapan yang bakal aku bagi akan mendatangkan hati orang lain terasa... menguris perasaan orang lain.... maka aku simpan serta aku kunci semua jawapan itu di dalam hati dan ianya biarlah rahsia kau dan Allah S.W.T...

Aku harus menutup segala kemungkinan jawapan yang akan keluar.... aku harus menyimpan segala jawapan itu untuk kebaikan semua..... aku harus menjaga perasaan ramai orang terutamanya Suamiku.... yang lain aku harus berjaga-jaga sahaja............

Tapi adakah ianya akan bertahan lama... kerana segala nya akan terbongkar juga nanti..... tapi buat masa ini biarkan lah dahulu kerana ianya untuk kebaikan semua.....

Aku harap apa yang telah aku putuskan adalah benar.....

YA ALLAH KUATKAN LAH SEMANGATKU.......... AMIN.....

Sunday 12 June 2011

perasaan.....

perasaan aku sekarang amat payah nak di terjemahkan oleh kata-kata... yang tahu hanyalah Allah S.W.T. banyak sangat rasa di dalam perasaan aku kini.... aku tahu apa yang terjadi dengan perasaan aku kini disebabkan oleh kesihatan aku... mungkin juga kerana ANAK... tapi aku tahu semua ini adalah dugaan yang telah Allah berikan kepada aku.... aku harus tabah menghadapi yang bakal terjadi keranan ini adalah dugaan darinya... sekarang baru aku mengerti apa itu perasaan yang bercampur aduk.... ada gembira tetapi di dalam gembira ada sedih nya... dalam kebahagian akan ada keperitannya.... ini mungkin cara untuk aku menjadi seorang yang lebih matang dalam menjalani kehidupan yang lebih mencabar pada masa akan datang.... sekarang aku rasa ingin menangis dan tertawa.... ini lah yang dikatakan dalam tawa ada tangis.... aku hanya boleh menyatakan perasaan aku disini sahaja.... aku x boleh nak melepaskan perasaan aku kepada ibu bapa ku atau suami aku kerana ini adalah rahsia aku dan Allah A.W.T. tetapi aku bersyukur dengan-Nya kerana dia sentiasa bersama dengan ku....

Sekarang perasaan ini mungkin akan lebih hebat lagi bila aku mendapat keputusan untuk menyambung pelajaran.... mungkin ada dugaan yang lebih hebat dan besar dari ini yang bakal aku tempuh... tapi aku tahu apa yang aku alami sekarang hanyalah buat sementara kerana Allah tidak kejam terhadap hambanya.... mungkin ada hikmah sebalik perasaan aku kini.... mungkin Dia telah merancang sesuatu yang lebih besar terhadap diri aku pada masa akan datang....... mungkin sekarang aku berada dalam keadaan yang tidak tenteram dan kehidupan yang agak sempit..... mungkin masa akan datang dia akan memberikan aku kehidupan yang lebih senang.... aku bersyukur apa yang telah diberikan kepada aku.......

mungkin juga sekarang aku dalam proses untuk menjadi seorang yang lebih matang berbanding dulu..... kehidupan yang akan aku tempuh kini lebih mencabar... mungkin hati aku nak menjadi lebih tabah dari dulu..... Allah membentuk hambanya menjadi seorang yang cekal dan bersabar dengan memberikan hambanya dugaan..... aku bersyukur dengan dugaan yang diberikan oleh-Nya kepada aku........ AMIN........... JADI BERSABARLAH HATI.......