Sunday 12 June 2011

perasaan.....

perasaan aku sekarang amat payah nak di terjemahkan oleh kata-kata... yang tahu hanyalah Allah S.W.T. banyak sangat rasa di dalam perasaan aku kini.... aku tahu apa yang terjadi dengan perasaan aku kini disebabkan oleh kesihatan aku... mungkin juga kerana ANAK... tapi aku tahu semua ini adalah dugaan yang telah Allah berikan kepada aku.... aku harus tabah menghadapi yang bakal terjadi keranan ini adalah dugaan darinya... sekarang baru aku mengerti apa itu perasaan yang bercampur aduk.... ada gembira tetapi di dalam gembira ada sedih nya... dalam kebahagian akan ada keperitannya.... ini mungkin cara untuk aku menjadi seorang yang lebih matang dalam menjalani kehidupan yang lebih mencabar pada masa akan datang.... sekarang aku rasa ingin menangis dan tertawa.... ini lah yang dikatakan dalam tawa ada tangis.... aku hanya boleh menyatakan perasaan aku disini sahaja.... aku x boleh nak melepaskan perasaan aku kepada ibu bapa ku atau suami aku kerana ini adalah rahsia aku dan Allah A.W.T. tetapi aku bersyukur dengan-Nya kerana dia sentiasa bersama dengan ku....

Sekarang perasaan ini mungkin akan lebih hebat lagi bila aku mendapat keputusan untuk menyambung pelajaran.... mungkin ada dugaan yang lebih hebat dan besar dari ini yang bakal aku tempuh... tapi aku tahu apa yang aku alami sekarang hanyalah buat sementara kerana Allah tidak kejam terhadap hambanya.... mungkin ada hikmah sebalik perasaan aku kini.... mungkin Dia telah merancang sesuatu yang lebih besar terhadap diri aku pada masa akan datang....... mungkin sekarang aku berada dalam keadaan yang tidak tenteram dan kehidupan yang agak sempit..... mungkin masa akan datang dia akan memberikan aku kehidupan yang lebih senang.... aku bersyukur apa yang telah diberikan kepada aku.......

mungkin juga sekarang aku dalam proses untuk menjadi seorang yang lebih matang berbanding dulu..... kehidupan yang akan aku tempuh kini lebih mencabar... mungkin hati aku nak menjadi lebih tabah dari dulu..... Allah membentuk hambanya menjadi seorang yang cekal dan bersabar dengan memberikan hambanya dugaan..... aku bersyukur dengan dugaan yang diberikan oleh-Nya kepada aku........ AMIN........... JADI BERSABARLAH HATI.......

No comments:

Post a Comment