Sunday 20 March 2011

luahan hati......

hari-hari aku menanti... penantian itu satu penyiksaan kepada diri ini... aku tahu waktu kami masih panjang tetapi adakah selamanya akan kami menanti kehadirannya.... adakah suami aku sanggup menunggu? aku tahu semuanya tiada jawapan untuk soalan yang bermain di fikiranku...

aku menanti seorang ZURIAT.....

aku tahu tempoh perkahwinan kami masih baru.. tapi aku harap ianya tidak akan berlanjutan lama kerana aku tahu suami aku amat menginginkan seorang zuriat... apabila dia melihat kanak-kanak atau bayi yang baru lahir muka dia berseri-seri....
tambahan pula kakak saudara aku telah melahirkan seorang bayi lelaki dan baru dua hari lepas aku mendapat perkhabaran yang kakak saudara ku telah mengandung lagi....

dia tetap memendam rasa.... apabila dia menyebut perihal anak aku menjadi sensetif ... aku sendiri tidak tahu kenapa.... aku takut tidak dapat memberikan impian suami ku satu kenyataan....

ya Allah engkau bantulah umat mu ini ya Allah.....

No comments:

Post a Comment